(^-^) salam semua...wah...imsomnia...imsomnia......apekebende tu....imsonia ini tidak ade kaitan dengan mak cik som jual daun kelsom ye kawan2x....ni adalah sejenis gejala yang tidak sihat bagi individu yang sihat mcm aku...waduh...kok mcm ini susah bangat..ape yang mahu dibuat..sudah 2 jam aku berusaha untuk menidurkan mataku.....so xleh la nak marah erk..aku dah cube mcm2 caraa...namun x berhasil...apekah ini adalah berpunca daripda tekanan perasaan kucar kacir untuk menghadapi tekanan untuk exam esok ............OOOOHHHHH tidak....please ye...aku mahu tidor...supaya aku dapt menjwb dengan baek....namun segala usaha masih gagal...
namun aku akan atasi dengan tidur secara kuak rentang atau kuak berirama sambil berterbangan ye kawan2x....hahahah sebelum itu izinkan aku berkongsi artikel yang aku dpat dari internet mengenai gejala insomnia ini...diharap menjadi panduan kepada sume.....
Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain
Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.
TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidu
secara kesimpulannya...aku mendapati bahawa gejala ini telah meracuni hidup aku dek kerana masa malam @ waktu tidurku sekarang telah diubah menjadi waktu sesi ulangkaji...manakala waktu siang adalah waktu aku berdengkur...hahhahah itulah sebabnya...heheheheh pokok pangkalnya gejala ini tidak akan berlarutan bile musim exam sudah menamatkan dirinya...yahuuuu...dan aku sudah boleh tidur dri seawal jam 10malam sehingga 1 tgahari...(kalu umi x bising..hahahha)
No comments:
Post a Comment