Tuesday, March 2, 2010

tlinge ku skit lagi...hehehe

tlinge skit.......warrrggthhhhhhhhhh..sgt skit......knp terjadinyer skit tlinge yerk,...jom kter cri knp terjdinyer skit tlinge ni...heheh adkh sbb byk sgt taik tlinge atau ak skrg dh de pobelm ngan tlinga...hehehe nauzubillah.....disini,ak nak kongsi ngan korg kategori pekak konduktif....

Pekak jenis konduktif melibatkan di bahagian telinga tengah dan bahagian luar dimana satu keadaan getaran bunyi terhalang atau terganggu daripada memasuki telinga tengah. Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini.. Walaupun bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, tetapi bunyi masih boleh dihantar ke otak melalui saraf pendengaran kerana apabila bunyi tidak melalui (bypassed) bahagian luar / tengah rangsangan akan berlaku melalui tulang mastoid. Kehilangan pendengaran jenis konduktif ini dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga. Manakala Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan di hidung dan tekak.

Jangkitan ini disebabkan salur eustain tidak dapat berfungsi seperti biasa atau mengalami jangkitan yang serius. Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hinggalah awal 30an. Kehilangan pendengaran berlaku disebabkan oleh tulang ‘stapes’ yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak menyebabkan ketumbuhan tetulang disekelilingnya.

No comments: